Sumber: Resepi Harian Edisi Ketiga
Bahan-Bahan:
60 gm ikan bilis
1 biji telur
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 biji ketola sanding (ketola juring)
2 tangkai daun bawang
2 sudu besar minyak
½ sudu kecil kicap cair
Garam & lada sulah (secukup rasa)
750 ml air
Cara:
Mayang bawang merah, cincang bawang putih, titik halia, potong daun bawang & ketola mengikut suka.. Panaskan minyak dalam periuk. Goreng separuh daripada bawang merah (yang telah dimayang) asingkan untuk hiasan. Goreng ikan bilis hingga hampir garing.
Masukkan 750 ml air & bawang , halia, bilis goreng dan reneh selama 5-10 min untuk mendapat air rebusan.Masukkan ketola. Pukul telur. Apabila mendidih, kacau telur yang dipukul & angkat periuk daripada dapur. Masukkan kicap cair, garam & lada sulah secukup rasa. Hidang semasa panas dalam pinggan sup. Hiaskan dengan keratan daun bawang yang telah dimayang & bawang goreng.
Tuesday, August 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment